Lucah dulu dan kini...mana pihak kuasa??


Dulu Kini Dan Akan Datang!


Pesanan Untuk Korang!


Benarkah Fakta Ini? Kah..kah..kahh


Inilah yang rakyat sokong demi Barisan Najib! # vote PAS,PKR,DAP #INI KALI Lahh!! PRU-13 ubah!



Mereka boleh mempersendakan hukum Allah dengan mengedar secara meluas risalah ini..tetapi Allahlah jua yang akan sentiasa menjaga kesucian hukumNya.. Kami hanya mampu berdoa... Dimana perginya Hassan Aqidah yang selama ini memperjuangkan aqidah umat Islam? Dimana perginya PERKASA yang selama ini mempertahankan bermati-matian mempertahankan penggunaan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam? Kenapa isu ini diDIAMkan? “Sesungguhnya orang-orang yang kufur kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan bermaksud membeza-bezakan antara (keimanan kepada) Allah dan Rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: “Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kufur terhadap sebahagian (yang lain)”, serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir), merekalah orang-orang kafir yang sebenarnya. Dan Kami telah menyediakan untuk orang-orang kafir itu azab yang menghinakan.” (Surah al-Nisa’ ayat 150-151)


Pelakon Murahan Azhar Sulaiman Sampaikan salam buat Pakatan dan Giyomi gila beliau #PRU-13





agak2 nyer, bile azhar kena petir yea?? hahaha..tak comel langsung lahh!!! puii



Umno Bn menghabiskan duit rakyat untuk iklan di google #pru-13


Udahh lah tu pak jib..ang habiskan duit rakyat yang ang kutip dari kroni ang tu pun duit rakyat juagk!! paham!! sudah2 lah..better Nation laah... Transform laa.. rakyat dah celik minda, dah buka hati..dah tahu hati busuk semua ada pda BN.. Sudah2 lah.. org ajak debat tak mahu!!!


Umno/bn sudah kecundang! #Ini KaLi LaaH!! PRU-13



UMNO/BN Sudah Tidak Releven!

Dr Mahathir telah pergi ke Putrajaya untuk membantu calon BN Tengku Adnan dengan membidas Husam Musa dan PAS. Bekas Perdana Menteri ini tidak duduk senang dan beliau malam tadi ke Kelantan untuk membantu Ibrahim Ali, calon bebas Pasir Mas di sana.

Dr Mahathir ke Putrajaya sehari selepas Putrajaya didatangi oleh puluhan ribu manusia untuk bersama Tok Guru Nik Aziz dalam lawatan Mursyidul Am PAS itu ke Putrajaya dua hari lepas. Berbeza dengan kehadiran Dr Mahathir, TGNA tidak bercakap banyak dengan liputan media massa perdana. Tetapi kehadiran beliau sahaja sudah cukup untuk menjadikan UMNO lebih-lebih lagi Dr Mahathir ‘makan tak kenyang, mandi pun tak basah’.

Mahathir membidas Husam Musa, calon PAS di Putrajaya dan menganggap Husam bukan lawannya untuk berdebat kerana beliau lebih tua daripada Husam yang beliau anggap seperti kanak- kanak sahaja. Tetapi jika benar Husam itu masih budak jika dibandingkan dengan beliau, tidak ada sebab Dr Mahathir merasa takut dengan kehadiran Husam sebagai calon di Putrajaya itu. Mahathir tidak perlu membidas beliau (Husam) dan seterusnya datang ke Putrajaya untuk berkempen melawan Husam itu. 

Mahathir perlu bertanya kenapa TGNA mendapat sambutan sebegitu rupa sedangkan pemimpin UMNO yang telah memerintah yang sepatutnya lebih mampu mempengaruhi orang ramai tidak mendapat sambutan seperti TGNA itu? Adakah UMNO menganggap orang ramai itu bodoh dan tidak siuman dengan menyambut TGNA dengan begitu meriah sekali? 

Keadaan sebegini mesti bersebab dan sebabnya itulah yang pimpinan BN tidak dapat kefahaman kenapa TGNA telah menjadi ikutan ramai. Sikap orang ramai membelakangkan pihak yang memerintah itu bukannya berlaku tanpa sebab. Ingat, kedatangan pimpinan PAS itu disambut oleh orang ramai tanpa diangkut oleh bas-bas yang diuruskan oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan seperti yang dilakukan oleh UMNO dan BN itu. 

PAS tidak perlu membawa palajar-palajar UiTM dengan membayar seratus ringgit seorang seperti yang dilakukan oleh UMNO untuk menampakkan kemeriahan lawatan pimpinan BN dalam lawatan- lawatannya ke mana-mana. Kehadiran TGNA di Putrajaya Jumaat lepas tidak disediakan dengan nasi bungkus atau karipap-karipap tebal. Mereka datang dengan sukarela dan berbelanja sendiri. 

Kalau begitulah keadaannya, UMNO dan pemimpin-pemimpin mereka sepatutnya menumpukan tenaga mereka untuk bertanya kepada diri sendiri, kenapa BN dan UMNO tidak mendapat sambutan secara sukarela seperti yang dialami oleh PAS? Sebabnya mesti ada kepada UMNO dan pimpinan mereka sendiri. 

Jawapannya sememangnya ada kepada UMNO sendiri, tetapi hanya UMNO tidak mahu atau tidak tahu yang kelemahan mereka di mata rakyat ramai itu terlalu jelas tanpa disedari oleh pimpinan UMNO itu sendiri. Mereka (UMNO) hanya menumpukan masa untuk membidas pimpinan seperti TGNA terus menerus tetapi bidasan mereka itu tidak juga mampu juga melemahkan sokongan terhadap kepimpinan seperti TGNA ini. 

UMNO khususnya Dr Mahathir, tidak usah bersusah-payah membidas orang itu dan orang ini untuk mendapatkan sambutan ramai. UMNO sudah terlalu kesempitan masa untuk membetulkan keadaan serta kelemahan mereka. Lagipun sampai ke saat ini pun UMNO belum lagi mendapatkan sebab kenapa pimpinan PAS seperti TGNA kian hari kian kuat. 

Dr Mahathir yang telah mengaku berjasa kepada negara masih terkial-kial untuk mendapat perhatian rakyat. Sesungguhnya Dr Mahathir dan pimpinan UMNO yang lain melakukan introspeksi terhadap mereka sendiri. 

Kajilah kenapa lawatan Mahathir tidak mendapat sambutan sedang kedatangan TGNA ke Putrajaya disambut oleh puluhan ribu manusia berbilang kaum itu tanpa dipunggah dengan ratusan bas-bas atau nasi bungkus dan karipap-karipap tebal itu.


via facebook


Anak Muda Be End sudah rosak akhlak #ini Kali Laah!! PRU-13



One of the Gelang patah walkabout team was being surrounded and chased out by BN supporters/gangsters on motorbikes in Kg Wawasan, one of them was holding a steel, shouting: balik China! , ini kubu BN!, roket(DAP) tak boleh masuk!, even DUN candidate Salahuddin Ayub and PAS members are forbbiden from entering the mosque!
~~~~ Is this the 1Malaysia that BN has been nurturing?


Salah satu daripada ahli tinjauan mesra Gelang Patah sedang dikelilingi dan dihalau keluar oleh penyokong BN / samseng yang bermotosikal di Kg Wawasan, salah seorang daripada mereka memegang batang besi, sambil menjerit: balik ke China! , ini Kubu BN!, Roket(DAP) tak boleh masukkan!, Walaupun calon DUN Salahuddin Ayub dan ahli-ahli PAS yang forbbiden daripada memasuki masjid!
~ ~ ~ ~ Adakah ini 1Malaysia yang BN telah memupuk?



via facebook



Harapan Pejuang Keadilan |PRU-13|Ini Kali Laah!!

Hati berdetik.. adakah aku mampu sampai kesana?

Atau tergantung tersungkup disua gas dan air



Takutkah aku?

Kepada siapa aku perlu takut sebenarnya

Pencipta atau yang dicipta?



Akhirnya hari itu aku lalui

Penuh sarat kepedihan terasa pada diri

Ingin diluahkan sahaja yang terbuku dihati

Kepada kawan-kawan dikongsi



Gambar-gambar kepahitan berlegar-legar dengan sendiri

Tanpa perlu aku catatkan notanya

Ianya mudah difahami bagi yang mengerti, yang memahami



Seluruh dunia membuka mata penuh mengerti

Bahawa kami mencari keadilan

Bukan ingin meruntuh seperti yang diwarkan



Tawarnya hati mereka menyambut kami

Rakyat marhaen yang merindui keadilan



Tidak apalah jika tidak mahu mendengar kami

Kami yakin pada Yang Maha Mendengar, Peguasa Arasy

Mendengar rintihan hamba-hambaNya yang dikasihi



Ucapan terima kasih kami akhiri

Pada penguasa yang begitu keras layanannya pada kami

Sanggup kami dilayan seperti kambing biri-biri

Membelasah kami hingga lupa diri

Walhal diri seorang hamba abdi seperti juga kami



Pesan kami pejuang keadilan

Tunggulah hari dimana anda pula akan dilayan seperti itu

Bahkan lebih teruk dari itu

Hari dimana penyesalan tiada lagi berguna

Itulah hari kemenangan kepada pejuang yang mencari keadilan

Pejuang Harapan Rakyat diluar negara! Ini kali lahh PRU-13!!

https://www.facebook.com/photo.php?v=10151542274579286




BN Terengganu nafi guna taktik kotor raih undi #Pilihan dihati PR!! Ini kali laah!!

DUNGUN - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sekali lagi mengulangi pihaknya tidak akan menggunakan taktik kotor untuk meraih undi seperti didakwa sesetengah pihak menerusi laman sosial baru-baru ini.

Beliau berkata sebagai parti yang memegang teguh kepada ajaran Islam, BN tidak mengamalkan taktik mengaibkan maruah individu ataupun parti lawan pada kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

"Kami lebih tertumpu dalam perkasakan jentera parti dan kami tiada masa untuk memikirkan hal-hal parti lain. Kami hanya sibuk berkempen mengenai Aku Janji BN yang pasti akan kami laksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat jentera parti Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura di Majlis Perbandaran Dungun, di sini hari ini.

Katanya pemantauan terhadap kesemua bahagian sepanjang musim kempen telah dilaksanakan bagi memastikan tiada pihak yang memainkan sentimen sensitif seperti itu.

Sebelum ini, sesetengah pihak mendakwa BN Terengganu menggunakan klip video lucah yang mengaitkan pemimpin kanan pakatan pembangkang menerusi laman sosial Facebook.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau meminta semua ketua cawangan Umno memberi tumpuan bagi memperkuatkan jentera parti dalam mencapai misi meraih kemenangan di semua kerusi Parlimen dan DUN.

Kerusi Parlimen Dungun menyaksikan perlawanan tiga penjuru antara calon BN Datuk Rosli Mat Hassan, PAS (Wan Hassan Mohd Ramli) dan calon Bebas Mazlan Harun. 

Calon BN peringkat DUN pula dibarisi oleh Roslee Daud (Bukit Besi), Datuk Zaabar Datuk Mohd Adib (Rantau Abang), Zakariah Ali (Sura) dan Datuk Matulidi Jusoh (Paka). - Bernama

Be End bakor bendera PAS! Ini Kali laah #PRU-13


DUN Sungat Rapat, Kg. Sungai Terap di Batu Gajah.Kerja2 orang yang tidak ada moral n penuh dengan hasat dengki...

Banner Be End Tiru Ini Kali Lah UBAH!! #pru-13

Anak Muda Sabah Tuntut Perubahan! Ini Kali Lah!! PRU-13


https://www.youtube.com/watch?v=AaDII5m2Gew



Gambar sekitar Ceramah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat di Putrajaya #ini kali lah!! PRU-13 Tawan 1 malaysia!! :D

Pak Jib berucap bagai ribut melanda ! INCLUDE VIDEO ! Ini Kali Lahh!! PRU-13




Calon Umnoo DATO DAUD MOHD YUSOFF sertai PAS #Ini kali lahh!! Tawan 1 malaysia UBAH|BERSIH MALAYSIA


TERKINI: Semalam umno dapat balik bekas ahli umno, Sdr Zanian yg serah borang msuk umno kpd Najib.... Hari nih PAS SELAMA, PERAK TELAH MENERIMA PENYERTAAN ABG CALON UMNO, DATO DAUD MOHD YUSOFF sebentar tadi..... Turut serta adalah Calon PAS PARLIMEN LARUT, Dato Fauzi Shaari dan juga Calon PAS DUN SELAMA, Ust Mohd Akmal Kamarudin

55 Tahun BN Perintah Menghabiskan Duit Rakyat Dengan Hiburan | PRU-13# Ini kali Tawan Satu Malaysia!! UBAH!


Psy telah datang dan kembali ke negara asalnya. Rakyat masih berfikir, adakah kita telah ketinggalan? Jika ya, berapa jauh kita telah ditinggalkan dan kenapa ini boleh berlaku ? Sila “SHARE”!

Korea secara rasminya telah mendapat kemerdekaan daripada Jepun pada tahun 1948. Namun begitu, di awal tahun 1950 an, Korea menghadapi Perang Saudara yang telah memecahkan negara itu kepada dua bahagian iaitu Korea Selatan dan Korea Utara sehingga kini.

Malaysia melalui jalan yang lebih mudah apabila kita mendapat kemerdekaan secara rundingan dengan Britain pada tahun 1957. Kita juga 3 kali ganda lebih kaya dengan pendapatan USD$287 per kapita berbanding Korea Selatan yang mempunyai pendapatan per kapita sebanyak USD$92 pada tahun1961.

Korea Selatan tidak mempunyai apa-apa sumber untuk bergantung melainkan tenaga rakyatnya. Sumber-sumber asli Malaysia bertambah melalui penemuan minyak berharga serta gas asli yang menyumbang kepada beratus-ratus billion pendapatan negara.

Walaupun serba kekurangan, Korea Selatan dengan lajunya memintas Malaysia di dalam bidang ekonomi. 50 tahun kemudian, rakyat Korea Selatan mempunyai pendapatan purata sebanyak US$22,424 iaitu dua kali ganda daripada pendapatan purata kita, US$9,977.

Pemerintahan yang pincang oleh kerajaan Barisan Nasional telah membawa kita menyusuri jalan yang agak lembap, di mana para pemimpin kita merampas kekayaan hasil bumi untuk mengenyangkan kroni-kroni mereka. Persembahan jutaan ringgit Psy yang dibayar oleh BN telah menunjukkan kelemahan mereka sendiri.

Inilah masanya untuk berubah. Inilah masanya untuk permulaan yang baru. Pakatan Rakyat berjanji untuk sentiasa telus dan boleh dipercayai di samping membasmi rasuah yang semakin menjadi-jadi dan merobek masa depan anak-anak kita. Perjalanan kita masih jauh. Namun, dengan rakyat yang berbakat, serta hasil yang melimpah ruah, matlamat kita akan mampu dicapai!

Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!


#(share via fb Otai Reformasi II) ini kali lahh PRU-13!!

Memilih Pemimpin untuk Noobs |matluthfi90| # Tawan Putrajaya PRU-13 ! Ini Kali Lah!!

http://www.youtube.com/watch?v=KK-bcgaLEnw



Video Tok Guru Nik Aziz di Masjid Besi Putrajaya! Ini Kali LAhh!! #Tawan Putrajaya

http://www.youtube.com/watch?v=Q1BF1Ctm38A


Powered by Blogger